Jawatan Kosong Januari 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah

Posted on Updated on


Perbadanan Kemajuan Negeri KedahPERBADANAN KEMAJUAN NEGERI KEDAH
IKLAN JAWATAN KOSONG 2013

1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG
TARAF / JUMLAH KEKOSONGAN KONTRAK / 1
KUMPULAN PERKHIDMATAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN PERUNDANGAN
GRED JAWATAN L48
JADUAL GAJI MAKSIMUM – MINIMUM RM4,963.00 – RM10,615.00

SYARAT LANTIKAN :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya,
(d) lulus Peperiksaan Akhir Peguam (Bar Final Examination),
(e) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
(f) calon hendaklah mempunyai pengalaman selama lima (5) tahun ke atas dalam bidang guaman dan
berkemahiran menjalankan tugas perundangan dalam aspek pendakwaan, perbicaraan dan rayuan,
nasihat perundangan, penggubalan undang-undang, penyemakan dan pembaharuan undang-undang
dan hal ehwal antarabangsa.

2. PEGAWAI PERTANIAN
TARAF / JUMLAH KEKOSONGAN KONTRAK / 1
KUMPULAN PERKHIDMATAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN PERTANIAN/PERLADANGAN
GRED JAWATAN G48
JADUAL GAJI MINIMUM – MAKSIMUM RM4,920.00 – RM10,559.00

SYARAT LANTIKAN :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian atau Sains Hortikultur yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(d) Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian dalam bidang kimia atau biokimia yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
atau
(e) Ijazah Sarjana Muda Sains Kejuruteraan dalam bidang pertanian yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
dan
(f) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(g) calon hendaklah mempunyai pengalaman selama lima (5) tahun ke atas dalam bidang
pertanian/perladangan dan berkemahiran dalam kerja-kerja perancangan, pembangunan projek dan
penyeliaan Anggaran Belanjawan Tahunan, Penyediaan laporan-laporan penggal tahunan mengenai
pembangunan dan kemajuan projek. Bertanggungjawab kepada tugas-tugas penyebaran/taklimat
mengenai projek dan bertindak sebagai pegawai penyelaras dengan ketua-ketua komponen.

CARA MEMOHON:
(a) Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyertakan butir-butir peribadi
termasuk umur dan kelayakan serta sekeping gambar berukuran pasport (tidak
dikembalikan) ke alamat berikut:

Ketua Eksekutif
Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah
Tingkat 14, Wisma PKNK
Jalan Sultan Badlishah
05000 Alor Setar
Kedah Darul Aman
(U/P: Bahagian Pentadbiran Dan Pengurusan Sumber Manusia)
TARIKH AKHIR PERMOHONAN DITERIMA : 15 JANUARI 2014.

Advertisement:
http://www.pknk.gov.my/images/stories/pdf/iklan_jawatan_puu.pdf

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s