Jawatan Kosong Terkini Disember 2013 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor

Posted on Updated on


Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR
Selangor State Development Corporation
PEKELILING PERKHIDMATAN
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA

IKLAN JAWATAN
Pemohon-pemohon adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor seperti berikut:

1. PENGURUS KANAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

RINGKASAN TUGAS
Bertanggungjawab mengkaji dan menganalisis kemungkinan kesesuaian sistem komputer yang sedia ada dan seterusnya mereka bentuk, membangun, melaksana, menyelenggara serta mengkaji semula sistem pemprosesan data dan maklumat bersesuaian dengan kegunaan jabatan.

BIDANG TUGAS
(a) Melaksanakan kajian kesesuaian sistem maklumat organisasi yang sedia ada dan seterusnya menganalisa, mereka bentuk, membangun, melaksana dan menyelenggara sistem-sistem maklumat yang digunakan di organisasi;
(b) Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ICT dalam melaksanakan fungsi tugas berdasarkan keperluan organisasi;
(c) Menjalankan analisis dan menjadi sumber rujukan dalam bidang tugas;
(d) Mengurus dan menggembeleng beberapa projek ICT atau unit serta mensintesis pengurusan sumber, infrastruktur dan kewangan; dan
(e) Memimpin dalam pelaksanaan projek ICT seiring dengan misi, visi dan objektif organisasi.

SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a) Minimum 15 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan;
b) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
c) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
d) Ijazah Sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
e) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

CARA MEMOHON
Borang permohonan boleh didapati di Bahagian Sumber Manusia. Borang yang lengkap diisi dan berserta salinan sijil-sijil yang telah disahkan hendaklah dihantar kepada:

Pengurus Sumber Manusia
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR
Tingkat 2, Menara HPAIC Laman Seri Business Park,
No.7 Persiaran Sukan Seksyen 13, 40100 Shah Alam

TARIKH TUTUP
Pada atau sebelum 23 Disember 2013.

Advertisement:
http://www.pkns.gov.my/HTML/download/Iklan%20Luaran%20(Disember)_Pengurus%20Kanan%20ICT.pdf

Application:
http://www.pkns.gov.my/HTML/download/Borang_Permohonan_Jawatan_PKNS.pdf

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s