Jawatan Kosong Juruteknik Elektrik Januari 2014 Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

Posted on


Jabatan Kesihatan Negeri SelangorMAKMAL KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
JABATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR

PERMOHONAN UNTUK MENGISI JAWATAN KOSONG
Permohonan adalah dipelawa dari Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sambilan di MAKMAL KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN NEGERI SELANGOR bagi jawatan seperti berikut :-

1. JAWATAN
i) Juruteknik (Elektrik) Gred J17 – 1 kekosongan
ii) Pekerja Sambilan Harian Berkelulusan SPM – 1 kekosongan
2. KUMPULAN PERKHIDMATAN
Sokongan
3 GAJI – RM 54.00 / HARI
4. TARAF JAWATAN : PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)
5. SYARAT LANTIKAN :-
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) SIJIL PELAJARAN MALAYSIA atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(d) Sijil dalam bidang Kejuruteraan Elektrik yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan yang diiktiraf setaraf dengannya adalah diutamakan.
(d) Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Cara Memohon:

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang KKM.SM-1/99
Pin. 1/2001 yang boleh didapati di :-
MAKMAL KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
BLOK C, JALAN LANGAT
BANDAR BOTANIK, 41200 KLANG
SELANGOR DARUL EHSAN

Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan satu (1) salinan fotostat sijil dan
dokumen-dokumen berikut yang di akui sah :-
(a) Sijil Kelahiran
(b) Kad Pengenalan
(c) Sijil Berhenti Sekolah
(d) Lain-lain sijil / surat akuan berkaitan.

Atau membawa semua dokumen-dokumen yang dikehendaki seperti di para 5.1
dan 5.2 semasa menghadiri TEMUDUGA TERBUKA yang akan diadakan pada 21 Januari 2014 (Selasa), jam 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari. Anda dinasihatkan menghubungi pihak makmal untuk mengesahkan kehadiran anda selewat-lewatnya sehari sebelum temuduga.

Advertisement:
http://www.jknselangor.moh.gov.my/documents/pdf/2014/makmal1.pdf

Borang:
http://www.jknselangor.moh.gov.my/documents/pdf/2014/Borang.pdf

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s