Jawatan Kosong Pengawal Keselematan dan Pembantu Am di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Posted on


Kumpulan Wang Simpanan PekerjaKUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA mempelawa calon-calon yang berkelayakan, bermotivasi dan kompeten bagi mengisi kekosongan jawatan berikut :

1. PENGAWAL KESELAMATAN

SKOP KERJA

Menguatkuasakan Polisi dan Arahan Keselamatan KWSP terhadap anggota dan ahli KWSP.

KELAYAKAN

Terdiri daripada Warganegara Malaysia
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
Memiliki kelulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
Lulus dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

ATAU

Bekas Konstabel Polis Diraja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia yang telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik
Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan baik

DAN

Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

i)          Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu
(ii)        Berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46.3 kg bagi wanita
(iii)       Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26
(iv)       Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79 cm dan semasa menarik nafas 84cm (lelaki sahaja)
(v)        Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata
(vi)       Pengecaman warna yang baik dan pendengaran yang tidak cacat
(vii)       Memiliki lesen memandu yang sah tempoh kelas D/E/E1/E2/F/G mana yang berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
(viii)      Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor

STATUS JAWATAN

Tetap

CARA MEMOHON

Calon-calon yang berminat perlu mengemukakan permohonan dengan menyatakan jawatan yang dipohon beserta dokumen seperti berikut :

Resume
Salinan Kad Pengenalan
Salinan Surat Beranak
Salinan Penyata Gaji Terkini
Salinan Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR)
Salinan Sijil Kokurikulum
Salinan Laporan Pemeriksaan Doktor yang mengandungi maklumat berikut :
Tinggi
Berat
Indeks Jisim Badan (BMI)
Ukuran Dada Biasa
Ukuran Dada Semasa Menarik Nafas (Lelaki Sahaja)
Keputusan Ujian Mata Kiri dan Kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata
Keputusan Ujian Pengecaman Warna
Keputusan Ujian Pendengaran

Sekiranya calon merupakan  adalah merupakan Bekas Konstabel Polis Diraja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia, calon dikehendaki mengemukakan dokumen yang mengesahkan maklumat berikut :

Penamatan perkhidmatan
Pengesahan jawatan semasa dalam perkhidmatan
Rekod perkhidmatan

Permohonan hendaklah dihantar ke recruit.jph@gmail.com selewat-lewatnya pada 14 FEBRUARI 2014. Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses

2. PEMBANTU AM (PEMANDU)

SKOP KERJA

Melaksanakan tugas pemanduan dan mengendalikan semua urusan berkaitan kenderaan rasmi pejabat dengan sempurna berdasarkan prosedur KWSP yang ditetapkan.

KELAYAKAN

Terdiri daripada Warganegara Malaysia
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
Memiliki kelulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
Lulus dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

SYARAT TAMBAHAN

Memiliki lesen memandu yang sah tempoh kelas D/E/E1/E2/F/G yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai lesen GDL dan PSV
Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor

STATUS JAWATAN
Tetap

CARA MEMOHON

Calon-calon yang berminat perlu mengemukakan permohonan dengan menyatakan jawatan yang dipohon beserta dokumen seperti berikut :

Resume
Salinan Kad Pengenalan
Salinan Surat Beranak
Salinan Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR)
Salinan Penyata Gaji Terkini
Salinan Lesen Memandu Terkini
Salinan Sijil Kokurikulum

Permohonan hendaklah dihantar ke pemandu.inst@gmail.com selewat-lewatnya pada 14 FEBRUARI 2014. Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s