Jawatan Kosong Kontrak Temuduga Terbuka Kementerian Luar Negeri Januari 2014

Posted on


Kementerian Luar Negeri“WALK-IN INTERVIEW”

BAGI JAWATAN PEGAWAI TADBIR
GRED N41 (KONTRAK)
DI KEMENTERIAN LUAR NEGERI

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk membina
kerjaya dalam perkhidmatan luar negeri adalah dipelawa untuk memohon
jawatan Pegawai Tadbir Gred N41 (Kontrak).
Jawatan : Pegawai Tadbir Gred N41 (Kontrak)
Klasifikasi : Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan (N)
Gred : N41
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional

SYARAT LANTIKAN
i) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi luar negara/ tempatan atau kelayakan
yang setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred N41,
P1 RM 2114.43); atau
ii) Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi luar negara/ tempatan atau kelayakan
yang setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred N41,
P1 RM 2216.64); dan

SYARAT TAMBAHAN BAGI ‘WALK-IN INTERVIEW’ KEMENTERIAN LUAR
NEGERI
i) Calon-calon yang memohon dengan Ijazah Sarjana Muda Kepujian
hendaklah memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.3 ke atas atau yang
setaraf dengannya;
ii) Calon-calon dengan kelayakan pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan
Malaysia sahaja. Senarai bidang dan pusat pengajian tinggi luar negara/
tempatan yang diktiraf boleh disemak di portal JPA (http://pengiktirafan.
jpa.gov.my/);
iii) Calon-calon yang mempunyai penguasaan bahasa-bahasa rasmi
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu seperti bahasa Arab, bahasa
Perancis, bahasa Sepanyol, bahasa Mandarin dan bahasa Rusia akan
diberi keutamaan;
iv) Umur calon semasa ditemu duga hendaklah tidak melebihi daripada
30 tahun;
v) Tempoh kontrak adalah untuk satu (1) tahun dan tempoh perkhidmatan
secara kontrak ini boleh dilanjutkan tertakluk kepada prestasi kerja
dan perakuan Ketua Jabatan; dan
vi) Calon-calon yang dipanggil untuk ditemu duga dikehendaki melalui
“aptitude test” sebelum sesi temu duga. Ujian ini adalah bertujuan
menguji kebolehan calon berfikir secara sistematik dan sejauh mana
calon dapat menggunakan ilmu pengetahuan yang telah diperoleh
melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman.

CARA-CARA PERMOHONAN
i) Calon-calon yang berkelayakan dipelawa untuk mengemukakan
dokumen-dokumen seperti berikut:
a) Curriculum-vitae;
b) Dua (2) keping gambar berukuran pasport;
c) Salinan Sijil / ijazah dan dokumen-dokumen sokongan; dan
d) Satu esei di dalam Bahasa Inggeris bertajuk “Why Do You Want to
Join Wisma Putra ?” dengan format seperti berikut:
• Dokumen Microsoft Word 2003 dan ke atas;
• “Font” : Arial bersaiz 12 ;
• “Spacing” : 1.5 ;
• “Paragraph” : Justified ; dan
• Panjang jawapan tidak melebihi dua helaian kertas bersaiz A4.
ii) Semua dokumen permohonan hendaklah dialamatkan kepada alamat di
bawah atau faks ke 03-8888 7879 sebelum atau pada 31 Januari 2014

KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN LUAR NEGERI
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
WISMA PUTRA, NO 1, JALAN WISMA PUTRA
PRESINT 2, 62602 PUTRAJAYA, MALAYSIA
(U.P. URUS SETIA URUSAN PENGAMBILAN – WALK IN INTERVIEW)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s