Jawatan Kosong Penolong Jurutera dan Akauntan Feb 2014 di Perbadanan Stadium-Stadium Negeri Kedah

Posted on


Perbadanan Stadium-Stadium Negeri KedahPermohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut:-

1. Jawatan : Penolong Jurutera (Awam) Gred JA29
Kumpulan : Pelaksana (SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU)
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Kejuruteraan

Syarat Lantikan:

Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
[ Gaji Permulaan: RM1,417.59 ]
Diploma  dalam  bidang  Kejuruteraan  (Awam)  yang  diiktiraf  oleh  Kerajaan  daripada institusi-institusi pengajian tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji Permulaan: RM1,826.02 ]
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

2. Jawatan : Penolong Akauntan Gred W27
Kumpulan : Pelaksana
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Kewangan
Syarat Lantikan:

diploma dalam bidang pengajian perdagangan, pengajian bank atau pengajian perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;atau
[ Gaji Permulaan: RM1,667.08 ]
Licentiate of Chartered of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji Permulaan: RM1,892.68 ]
lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

3. Jawatan : Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17
Kumpulan : Pelaksana
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
Syarat Lantikan:

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM928.00 ] dan

Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas).

CARA MEMOHON :

1. Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Untuk Mengisi Jawatan di Perbadanan Stadium-Stadium Negeri Kedah dengan harga RM 5.00/ borang. Borang permohonan boleh didapati dengan hadir sendiri pada hari bekerja biasa di Pejabat Perbadanan Stadium-Stadium Negeri Kedah.

2. Pemohon yang berkelayakan sebagaimana yang ditetapkan di atas sahaja layak memohon. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantarkan ke perbadanan ini disertakan dengan sekeping gambar terbaru (berukuran passport), Salinan Kad Pengenalan, Salinan Perakuan Beranak/Sijil Kelahiran, Salinan Semua Sijil-Sijil Persekolahan (SRP/PMR, SPM/SPVM DAN STPM), Salinan Sijil Berhenti Sekolah, Salinan Ijazah/Diploma/Sijil/Transkrip keputusan semua semester dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh kerajaan yang mengandungi CGPA, salinan surat pengiktirafan kelayakan yang dikeluarkan oleh Unit Pengiktirafan Kelayakan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (http://pengiktirafan.jpa.gov.my) Bagi pemegang Ijazah/Diploma/Sijil dari IPT dan salinan dokumen –dokumen lain yang disahkan. Tandatangan pengesahan salinan sijil/dokumen hendaklah dilengkapi dengan cop nama dan jawatannya. semua salinan sijil/dokumen hendaklah bersaiz a4.

3. Pegawai yang sedang berkhidmat (Tetap, Sementara, Kontrak, Sambilan) dalam Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut (PU(A) 176/2005) 17 dengan menyertakan Kenyataan Perkhidmatan dan Cuti yang dikemaskini (ditaip mengikut format borang Am 274B dan C). Salinan fotostat tidak diterima dan salinan Laporan Prestasi Tahun 2013 yang disahkan. Surat pengesahan Ketua Jabatan hendaklah dibawa semasa temuduga.

Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar bersama-sama salinan sijil-sijil /dokumen yang telah disahkan dalam sampul surat berukuran 23 cm x 31 cm dan disudut atas sebelah kiri hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon. Permohonan hendaklah disampaikan kepada :

Pengurus Besar
Perbadanan Stadium-Stadium Negeri Kedah
Aras 3, Astaka Utama, Stadium Darul Aman
Lebuhraya Darul Aman
05100 Alor Setar, Kedah

Tel : 07-7337313 / 04-7337314

Tarikh tutup permohonan jawatan : 13 Februari 2014

Advertisement:
http://www.stadiumkedah.gov.my/jawatan-kosong-perbadanan-stadium-stadium-negeri-kedah-darul-aman/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s