Jawatan Kosong Kerani Kontrak Februari 2014 Lembaga Pelabuhan Kelang

Posted on


Lembaga Pelabuhan KelangLEMBAGA PELABUHAN KELANG mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang
berdedikasi, bermotivasi tinggi, bertanggungjawab terhadap tugas dan berkelayakan
untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) (Kontrak)
A. SYARAT LANTIKAN
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N17: RM928.00)
dan (b) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau
mengambil trengkas)

B. UMUR PADA TARIKH TUTUP IKLAN
Calon-calon lantikan kontrak hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

C. CARA MEMOHON
Borang permohonan boleh diperolehi dari Jabatan Sumber Manusia, Lembaga Pelabuhan
Kelang atau muat turun melalui laman web LPK di http://www.pka.gov.my. Permohonan hendaklah
disertakan dengan salinan Sijil-sijil Persekolahan, Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran dan lain-lain
kelayakan yang berkaitan. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar
kepada Pengurus Besar, Lembaga Pelabuhan Kelang, Beg Berkunci 202, Jalan Pelabuhan
Utara, 42005 Pelabuhan Kelang. [u.p: Pengurus Kanan (Sumber Manusia)]
Sila catitkan nama jawatan yang dipohon di tepi atas sebelah kiri sampul surat permohonan.
Permohonan daripada pegawai/kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau
Badan-Badan Berkanun hendaklah dimajukan melalui Ketua Jabatan masing-masing.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 10 Februari 2014

Advertisement:
http://www.pka.gov.my/index.php/download/category/39-job-vacancy.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s