Jawatan Kosong Pekerja Sambilan Harian di Perbadanan Produktiviti Malaysia Feb 2014

Posted on


Perbadanan Produktiviti MalaysiaPermohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi JAWATAN KOSONG sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH).

(I) PEGAWAI PERUNDING – GRED E41
Klasifikasi – Perkhidmatan Profesional
Kumpulan Perkhidmatan – Pengurusan dan Profesional
Taraf Jawatan – Pekerjaan Sambilan Harian (PSH)
Tempoh Lantikan – 3 Bulan + 3 Bulan
Gaji – RM 100.00 (Sehari bekerja)

SYARAT LANTIKAN
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(i) Warganegara Malaysia
(ii) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Keutamaan akan diberi kepada calon-calon yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman di dalam latihan dan penyelidikan serta memiliki Ijazah dalam bidang Ekonomi, Teknologi Maklumat, Produktiviti dan Kualiti, Statistik, Perakaunan, Kejuruteraan dan Sains Gunaan).

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan MPC, yang boleh didapati daripada Unit Pengurusan Sumber Manusia (HRM), Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Peti Surat 64, Jalan Sultan, 46904 Petaling Jaya dengan datang sendiri atau mengirim sampul surat tberukuran 25cm x 16cm bersetem 80 sen dan beralamat sendiri.

1. Borang permohonan juga boleh diperolehi melalui Laman Web MPC di alamat http://www.mpc.gov.my.
2. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport berserta sijil-sijil akademik dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan.
3. Borang permohonan jawatan hendaklah dikepilkan bersama dokumen-dokumen sokongan berikut :-
i. Salinan Kad Pengenalan Pemohon
ii. Salinan Surat Beranak Pemohon
iii. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
iv. Salinan Ijazah/Diploma berserta transkrip keputusan peperiksaan yang berkaitan.
v. Pengiktirafan kelayakan diploma/sijil daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sekiranya pemohon adalah pelajar lepasan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan
vi. Lain-lain dokumen sokongan

Borang permohonan jawatan PSH dan salinan dokumen yang berkaitan bolehlah dikemukakan di alamat Ibu Pejabat MPC Petaling Jaya :

Ketua Pengarah
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
Peti Surat 64, Jalan Sultan
46904 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
(U/P : Unit HRMD)

pada atau sebelum 8 Februari 2014 (Tarikh Tutup Iklan)

Advertisement:
http://www.mpc.gov.my/mpc/images/file/iklanjawatanfeb14.pdf

Apply Online:
http://www.mpc.gov.my/publication/borang.pdf

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s