Jawatan Kosong Pengawal Keselamatan Terkini Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah

Posted on


Kolej Universiti Islam Sultan Azlan ShahIKLAN JAWATAN KOSONG
Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah

Kami menjemput sesiapa yang berminat dan berkelayakan untuk memohon kekosongan jawatan di KUISAS seperti berikut:

Jawatan 1 : Pengawal Keselamatan, Gred KP11
Taraf Jawatan: Kontrak
Jadwal Gaji: Gred KP11 -: RM836.90 – RM 2,458.15

a. Calon-calon bagi lantikan terus hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut;

Warganegara Malaysia
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
Terbuka kepada Lelaki/Perempuan

b. Penilaian Menengah Rendah / Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan ; atau

c. Bekas Konstable Polis Diraja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia yang telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

d. Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut;

tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa sepatu;
berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja)
lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan v/6/9 tanpa menggunakan cermin mata
pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat ; dan

e) Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman kerja yang berkaitan serta memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

CARA MEMOHON

(a)  Calon-calon boleh mengemukakan permohonan dengan menulis surat permohonan kepada;

Rektor,
Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah
Bukit Chandan,
33000 Bandar Diraja Kuala Kangsar,
Perak Darul Ridzuan.
Tel: 05-7732253

(b)  Pemohon hendaklah menghantar permohonan secara bertulis berserta curriculum vitae (c.v) yang lengkap berserta maklumat seperti berikut:

Butiran Peribadi
Butiran Untuk Dihubungi
Kelayakan Akademik
Pengalaman Yang Berkaitan

(c)  Permohonan yang telah lengkap mestilah disertakan dengan gambar berukuran pasport (tidak  dikembalikan) serta salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:-

Kad Pengenalan atau Pasport
Sijil Kelahiran
Sijil-sijil akademik yang berkenaan berserta transkrip (SPM atau setaraf, Ijazah Sarjana Muda)
Sijil-sijil atau dokumen lain yang berkaitan

(d)  Tarikh tutup permohonan pada 21 Februari 2014.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s