Lembaga Getah Malaysia Jawatan Kosong Akauntan Terkini 2014

Posted on


Lembaga Getah MalaysiaIKLAN JAWATAN KOSONG
LEMBAGA GETAH MALAYSIA
MALAYSIAN RUBBER BOARD

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk berkhidmat di Lembaga Getah Malaysia dalam jawatan seperti berikut:

1. AKAUNTAN: SATU (1) KUALA LUMPUR

Syarat Lantikan Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan ialah RM2,650.63); atau
(b) Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan;
(Gaji permulaan ialah RM2,650.63); atau
(c) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan;
(Gaji permulaan ialah RM2,754.41); atau
(d) Ahli Penuh Instiitut Akauntan Malaysia
(Gaji permulaan ialah RM2,858.19)
dan
(e) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Pengalaman/ Bidang Keutamaan Mempunyai pengalaman satu (1) hingga tiga (3) tahun dalam bidang audit pengurusan.

UMUR
(a) Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun.
(b) Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur tidak melebihi dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

CARA MEMOHON
Borang Permohonan boleh diperolehi melalui laman web LGM di http://www.lgm.gov.my/DownloadableForms/JawatanKosong.aspx
(a) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan:
(i) Salinan Ijazah atau salinan Keputusan Peperiksaan Akhir bagi kelayakan yang diisyaratkan, salinan Kad Pengenalan, Sijil Berhenti Sekolah dan Sijil Kelahiran.
(ii) Transkrip keputusan semua semester dari Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan yang mengandungi CGPA. Transkrip yang tidak dinyatakan CGPA tidak akan diterima.
(Nota : *pemohon dikehendaki mencetak status nilai taraf sijil kelayakan melalui laman web JPA di http://pengiktirafan.jpa.gov.my)
(iii) Permohonan daripada pegawai-pegawai sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Kuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi tiga (3) tahun terkini disertakan bersama.

Cara Memohon:

Permohonan hendaklah dihantar kepada alamat berikut dan di sudut di atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis NAMA JAWATAN YANG DIPOHON:

Ketua Pengarah
Lembaga Getah Malaysia
260 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
(u.p.: Ketua Unit Pengurusan Sumber Manusia)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 24 FEBRUARI 2014

Advertisement:
http://www.lgm.gov.my/whatsnew/Jawatan_Kosong_2014_2_10.pdf

Borang:
http://www.lgm.gov.my/DownloadableForms/JawatanKosong.aspx

Leave a comment