Tourism Malaysia Pembantu Tadbir Jawatan Kosong Terkini 2014
PERMOHONAN JAWATAN
LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA
(Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia)
POSITION : Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
CLASSIFICATION : Perkhidmatan Pentadbiran & Sokongan (N)
KUMPULAN PERKHIDMATAN : Pelaksana
JADUAL GAJI :
Gaji Minimum: RM928.00
Gaji Maksimum: RM3,375.00
GAJI PERMULAAN : RM928.00
IMBUHAN TETAP KHIDMAT AWAM : RM115.00 sebulan
IMBUHAN TETAP PERUMAHAN : RM180.00 sebulan
BANTUAN SARA HIDUP : Mengikut Kawasan
TARAF JAWATAN : TETAP
1. Syarat Lantikan
Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan dan berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh iklan ditutup bagi mengisi jawatan ini.
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
(a)
(i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(ii) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(b) Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas.
2. Dokumen Penting
Pemohon yang melepasi tapisan akan dijemput menghadiri temu duga melalui surat rasmi. Dokumen-dokumen berikut hendaklah dibawa SEMASA menghadiri temu duga:
(i) Kad Pengenalan;
(ii) Sijil Kelahiran;
(iii) Sijil SPM;
(iv) Sijil Ujian Lisan;
(v) Sijil Tamat Persekolahan Sekolah Menengah;
(vi) Sijil-sijil lain yang berkaitan;
(vii) Sekeping gambar passport
3. Perkara Penting
1) Ibu Pejabat (Putrajaya) 1
2) Pejabat Tourism Malaysia Negeri Perlis 1
(Calon Anak Negeri Perlis adalah diutamakan)
CARA MEMOHON
Pemohon diminta mengisi maklumat secara atas talian (online) melalui Sistem Automasi i-HR dengan pautan seperti di bawah:
Advertisement:
http://corporate.tourism.gov.my/aboutus.asp?page=career&career_id=2