Universiti Sains Islam Malaysia Jawatan Akademik Kosong Terkini 2014

Posted on


Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang mencari calon-calon yang berkelayakan, dinamik dan bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan di dalam bidang-bidang berikut :

A) KUMPULAN AKADEMIK BAGI FAKULTI BERIKUT:

         Fakulti Syariah dan Undang-Undang
         Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah
         Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
         Fakulti Ekonomi dan Muamalat
         Fakulti Sains dan Teknologi
         Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
         Fakulti Pengajian Bahasa Utama
         Fakulti Pergigian

B) KUMPULAN PENTADBIRAN (PENGURUSAN & PROFESIONAL DAN PELAKSANA)

Bil.
Skim Perkhidmatan
Gred Skim
Taraf Jawatan
Penempatan
Fungsi Tugas
1.
Pegawai Kewangan
W54
Kontrak
Kampus Nilai, Negeri Sembilan
Bertanggungjawab sebagai Ketua Pegawai kewangan dan menguruskan hal ehwal kewangan Universiti. Terlibat dalam merancang, melaksana dan memantau aktiviti penjanaan pendapatan Universiti. Melaksanakan apa-apa kuasa atau tanggungjawab lain sebagaimana yang diperlukan di bawah Perlembagaan Universiti, Statut, Kaedah dan Peraturan dan menjalankan tugas dan fungsi lain yang diarahkan oleh Naib Canselor dari semasa ke semasa.
2.
Juru X-Ray
U29
Tetap / Kontrak
Kampus Pandan Indah, Kuala Lumpur
Bertanggungjawab menghasilkan imej perubatan untuk membantu pakar dan Pegawai Perubatan dalam mendiagnos penyakit, menilai imej dan radiografi yang dihasilkan, menguruskan hal-hal berkaitan permohonan pemeriksaan radiografi, bertanggungjawab terhadap penjagaan dan kawalan mutu peralatan yang digunakan serta tugas-tugas perancangan, pengurusan, latihan dan penyelidikan bagi meningkat dan mengawal mutu perkhidmatan Juru X-Ray.
3.
Jururawat Pergigian
U29
Tetap / Kontrak
Kampus Pandan Indah, Kuala Lumpur  &  Kampus Nilai, Negeri Sembilan
Bertanggungjawab melaksanakan perkhidmatan pergigian dari segi diagnosis, rawatan dan pencegahan. Bertanggungjawab memberi perkhidmatan pergigian yang spesifik untuk mencapai matlamat supaya masyarakat mempunyai kesihatan mulut yang optimum.
4.
Juruteknologi Makmal Perubatan
U29
Tetap / Kontrak
Kampus Pandan Indah, Kuala Lumpur
Bertanggungjawab menjalankan pendiagnosan sampel-sampel darah, urin, bendalir badan secara profesional, mengesahkan keputusan ujian, mengeluarkan serta menyediakan laporan ujian yang berkualiti, tepat, cepat boleh dipercayai serta memberi khidmat nasihat memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.
5.
Pembantu Penerbitan
N17
Kontrak
Kampus Nilai, Negeri Sembilan
Bertanggungjawab membantu dalam tugas-tugas penerbitan, penyuntingan, percetakan buku terbitan.
6.
Pembantu Setiausaha Pejabat
N17
Kontrak
Kampus Nilai, Negeri Sembilan
Bertanggungjawab untuk memastikan urusan kesetiausahaan seperti menaip, menyediakan surat-menyurat, laporan, pengurusan fail berjalan lancar serta pengurusan pejabat dikendalikan dengan cekap dan teratur.
7.
Pegawai Khidmat Pelanggan
N17
Kontrak
Kampus Pandan Indah, Kuala Lumpur
Bertanggungjawab mengendalikan panggilan telefon, melayani dan membantu pelanggan yang berurusan di kaunter dan memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh Universiti.
8.
Pembantu Pembedahan Pergigian
U17
Tetap / Kontrak
Kampus Nilai, Negeri Sembilan
Bertanggungjawab sebagai salah seorang ahli kesihatan pergigian yang memainkan peranan dalam pengendalian klinikal pesakit, pendidikan kesihatan pergigian, pengurusan pesakit dan pentadbiran.

Cara Memohon:

Permohonan hendaklah dibuat menerusi website http://www.usim.edu.my . Panduan permohonan dan maklumat terperinci mengenai jawatan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui laman web tersebut.

Tarikh tutup permohonan : 8 MAC 2014

Apply Online
http://eiris.usim.edu.my:8080/eiris/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s