Jawatan Kosong Tetap Pegawai Belia dan Sukan Universiti Malaysia Kelantan 2014

Posted on


Universiti Malaysia Kelantan (UMK)JAWATAN KOSONG
Universiti Malaysia Kelantan (UMK) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
Malaysia yang ke-19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ialah Universiti berteraskan
keusahawanan yang mengutamakan pendidikan keusahawanan dalam tiga kelompok bidang
pengajian iaitu keusahawanan & perniagaan, teknologi kreatif & warisan dan agro-industri & sains
sumber asli sejajar dengan visi dan misi yang telah ditetapkan.

Universiti memerlukan individu yang boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum
(independent), bekerja dalam satu pasukan (teamwork), dinamik, kreatif dan inovatif untuk
membangun universiti. Individu yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan-jawatan
seperti berikut :

PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S48 TETAP

Syarat Kelayakan:
Pemohon hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia dan calon-calon lantikan terus
hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan tidak melebihi 54 tahun
pada tarikh lantikan, manakala bagi bekas tentera/polis hendaklah tidak melebihi 45 tahun.

Calon-calon yang memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dipertimbangkan untuk dilantik
ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi
menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang
dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut
perlu dipenuhi :
a) lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua (2) daripada mata
pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya di peringkat Lulus dalam satu
peperiksaan; atau
b) lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua (2) daripada mata
pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya di peringkat Lulus yang
dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
c) memenuhi syarat Bahasa Melayu, sama ada Kepujian atau Lulus, dan mata pelajaran
tertentu sepertimana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.
Calon-calon yang tidak memiliki keputusan seperti di atas adalah TIDAK LAYAK dipertimbangkan
untuk maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang mensyaratkan kelulusan SPM atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

CARA MEMOHON
Borang permohonan boleh diisi secara online di http://jobs.umk.edu.my/. (Pemohon tidak perlu
menghantar salinan hardcopy borang permohonan).

Advertisement:
http://www.umk.edu.my/rasmi/images/document/hebahanjawatankosong.pdf

Apply Online:
http://jobs.umk.edu.my/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s