Majlis Universiti Islam Malaysia Iklan Jawatan Kosong Terkini 2014

Posted on


Majlis Universiti Islam MalaysiaJAWATAN KOSONG

Majlis Universiti Islam Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut:

1) Ketua Pegawai Teknologi Maklumat Gred UP3/F48
Kelayakan :
a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) jazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Sains Komputer, Sains Geoinformatik, Teknologi Maklumat atau yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau luar Negara;
d) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
e) Berpengetahuan dan pengalaman berkaitan dengan perkakasan, perisian, rangkaian jaringan dan lain-lain.
f) Berpengalaman luas terutama dalam mengurus dan melaksanakan pembangunan sistem
g) Calon yang berpengalaman serta pernah terlibat dengan pelbagai projek pembangunan sistem adalah satu kelebihan.
h) Keutamaan diberi kepada yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang tersebut

Deskripsi Tugas :
– Bertanggungjawab mengkaji, mengurus dan menganalisis kemungkinan kesesuaian sistem komputer yang sedia ada dan memastikan kelancaran ICT
– Merangka, mengubah, mengemaskin, menggubal dan mendokumentasi dokumen ICT
– Membuat kajian keperluan sistem, fungsi sistem yang akan digunakan, pengujian, pelaksanaan serta ‘output’ akhir.
– Bertanggungjawab mengendali dan mengurus sistem yang akan digunakan agar selamat dan stabil.
– Mengurus keperluan sokongan teknikal terutama pengguna akhir untuk aplikasi, pangkalan data, penyelenggaraan dan penyelesaian masalah yang timbul.
– Mengurustadbir (mempertingkatkan / migrasi) sistem yang sedia ada (seperti perakaunan) dan memastikan data selamat serta stabil untuk sistem baru.

2) Pegawai Penerbit Kanan Gred UP4/N44
Kelayakan :
a)Warganegara Malaysia;
b)Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c)Ijazah sarjana muda dalam bidang animasi, komunikasi massa, multimedia, pengajian media, grafik komunikasi, fotografi, penyiaran atau perfileman atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
d)Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau Diploma Sebaran Am daripada UiTM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
e)Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta Diploma Percetakan daripada London College of Printing atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
f)Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
g)Keutamaan diberi kepada yang mempunyai pengalaman selama 6 tahun dalam bidang tersebut.

Deskripsi Tugas :
Bertanggungjawab terhadap perkhidmatan maklumat termasuk pengurusan dokumen, penerbitan dan sistem dokumentasi.

3) Pegawai Teknogi Maklumat (Pengaturcaraan) Gred UP5/F41
Kelayakan :
a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) Ijazah Sarjaa Muda Kepujian dalam bidang Sains Komputer, Teknologi Maklumat atau yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara
d) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
e) Keutamaan yang boleh melakukan pelbagai kerja (multi tasking) berkaitan Teknologi Maklumat
f) Mempunyai pengalaman kerja terutama dalam pembangunan sistem dan integrasi sistem.
g) Berpengetahuan dalam teknikal dan pengaturcaraan :
– Visual Basic, C++, Crystal Report
– PHP, JavaSCRIPT
– MySQL, Oracle
h) Berpengalaman dalam mengetuai dan menyelaras projek yang berkaitan
i) Mempunyai kemahiran analitikal dan kemahiran interpersonal yang baik
j) Keutamaan diberi kepada yang mempunyai pengalaman kerja 3 – 5 tahun

Deskripsi Tugas :
– Melaksanakan kerja berkaitan pengaturcaraan dan pembangunan sistem
– Merancang, menyelaras dan memantau pembangunan sistem dan pengurusan universiti.
– Skop kerja meliputi pembangunan sistem dan aplikasi ICT serta perubahan modul sistem.
– Mengoptimum kecekapan sistem dengan menganalisis serta penambahbaikan sistem.

4) Pegawai Terjemahan Gred UP5/N41
Kelayakan :
a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang Bahasa dan Lingustik (Bahasa Arab) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
d) Berkebolehan berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Arab;
e) Keutamaan diberi kepada yang mempunyai pengalaman selama 2 tahun dalam bidang tersebut.

Deskripsi Tugas :
– Bertanggungjawab dalam menguruskan pentadbiran dan logistik Bahagian Pusat Kebijaksanaan Sejagat untuk memudahkan urusan penterjemahan.

5) Pembantu Tadbir Gred UP11/N17
Kelayakan :
a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;
c) Kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas);
d) Keutamaan diberi kepada yang mempunyai pengalaman selama 2 tahun dalam bidang tersebut.

Deskripsi Tugas :
– Bertanggungjawab terhadap tugas-tugas penkeranian selaras dengan fungsi tugas Bahagian Pentadbiran seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail dan dokumen, pengiraan, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, menaip surat, memo dan sebagainya. Manakala bidang tugas Pembantu Tadbir (Aset) seperti merancang, memantau, mengawal dan menyelia Pengurusan Aset dan Inventori.

6) Pegawai Khidmat Pelanggan Gred UP11/N17
Kelayakan :
a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;
d) Berkebolehan dalam Bahasa Inggeris dan mengendalikan komputer;
e) Keutamaan diberi kepada yang mempunyai pengalaman selama 2 tahun dalam bidang tersebut.

Deskripsi Tugas :
– Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas berkaitan khidmat telefon, khidmat penerangan dan khidmat perhubungan pelanggan di peringkat agensi berkaitan seperti mengendalikan panggilan telefon (peringkat dalaman dan luaran), melayani dan membantu pelanggan yang berurusan dengan agensi dan memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi.

7) Pembantu Operasi (Tea Lady) Gred Gred UP17/N11
Kelayakan :
a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) Perempuan berumur 18-30 tahun
d) Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
e) Memastikan kebersihan dan kecerian pejabat;
f) Jujur, bertanggungjawab dan berdisplin;
g) Perempuan berumur 18-30 tahun;
h) Keutamaan diberi kepada yang mempunyai pengalaman selama 2 tahun dalam bidang tersebut.

Deskripsi Tugas :
– Bertanggungjawab menyediakan keperluan makanan dan minuman kepada Pegawai peringkat atasan serta bertanggungjawab melaksanakan tugas pembersihan dan membantu melaksanakan tugas-tugas lain yang seumpamanya.

8) Pemandu Gred UP16/ R3
Kelayakan :
a) Warganegara Malaysia;
b) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;
c) Lelaki, berumur tidak kurang dari 18 tahun;
d) Memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [Kecuali lesen memandu dalam tempoh Percubaan (P)];
e) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini;
f) Keutamaan diberi kepada yang mempunyai pengalaman selama 2 tahun dalam bidang tersebut.

Deskripsi Tugas :
-Bertanggungjawab untuk memandu kenderaan pejabat atas tugas-tugas rasmi, menjaga dan menyelenggara kenderaan serta memastikan keselamatan kenderaan dan alat-alat kelengkapannya.

CARA MEMOHON
1. Setiap permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Bagi Pelantikan Jawatan MUIM yang boleh dimuat turun dari laman web Majlis Universiti Islam Malaysia http://www.muim.my atau muim.com.my.
2. Borang permohonan hendaklah disertakan bersama salinan sijil akademik tertinggi mengikut kelayakan skim berkaitan.
3. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah di emelkan kepada halinakadir@uim.edu.my atau nurulhuda@uim.edu.my
4. Tarikh tutup permohonan ialah pada 7 March 2014
5. Sebarang pertanyaan boleh dihubungi di talian berikut: 03-8318 6848.

Advertisement:
http://www.uim.edu.my/index.php/pengumuman/48-jawatan-kosong-di-uim-maklumat-lanjut

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s