Jabatan Kerja Raya Johor Jawatan Kosong Kontrak Terkini 2014

Posted on


Jabatan Kerja Raya JohorIKLAN JAWATAN KOSONG DI JABATAN KERJA RAYA JOHOR

PERMOHONAN UNTUK JAWATAN DI DALAM JABATAN KERJA RAYA NEGERI JOHOR

Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Negeri Johor atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Jabatan Kerja Raya Johor bagi jawatan-jawatan seperti berikut :

1. Penolong Jurutera Kontrak JA29
Syarat lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) warganegara Malaysia ;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Diploma Kejuruteraan (Bidang Mekanikal) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

2. Pegawai Khidmat Pelanggan Kontrak N17
Syarat lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan ;
(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh kerajaan.
(d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diikitiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan dalam Bahasa
Inggeris dan mengendalikan computer)

Cara Memohon:
(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang JKRJ. 1/2014 yang boleh dimuat turun daripada laman web rasmi Jabatan Kerja Raya Negeri Johor di http://www.jkrjohor.gov.my.
(b) Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport dan salinan sah dokumen-dokumen berikut :
(i) Sijil Kelahiran
(ii) Kad Pengenalan
(iii) Sijil Berhenti Sekolah
(iv) Lain-lain sijil / surat akuan berkaitan

Borang permohonan yang telah lengkap dipenuhi hendaklah dihantar ke alamat :-
JABATAN KERJA RAYA JOHOR,
TINGKAT 4, BANGUNAN DATO’ ABDUL RAHMAN ANDAK,
KOTA ISKANDAR,
79582 NUSAJAYA, JOHOR.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mac 2014

Advertisement:
http://www.jkrjohor.gov.my/index.php?id=283&mnu=37

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s