Aswara Jawatan Kosong Terkini 2014 Pensyarah

Posted on


Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA)

IKLAN JAWATAN PENSYARAH/PENOLONG PENSYARAH

ASWARA memerlukan individu yang dinamik, kreatif, inovatif, bermotivasi tinggi untuk berkhidmat/bekerja dengan semangat berpasukan dan meminati serta menghargai bidang seni budaya dan warisan bagi merealisasikan misi dan visi ASWARA.

Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 30 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan mempunyai tahap keyakinan serta berintegriti tinggi, bersedia menghadapi cabaran untuk menyertai dunia pendidikan seni budaya dan warisan adalah dialu-alukan untuk mengisi jawatan Akademik sebagai Pensyarah dan tenaga pengajar

Di antara KELAYAKAN diperlukan:-
i. Kepakaran dalam bidang Filem dan Televisyen, Muzik, Tari, Rekaan Komunikasi Visual, Animasi dan Multimedia, Penulisan, Teater dan Pengurusan Seni dan Budaya.
ii. Doktor Falsafah/Ijazah Sarjana dalam bidang yang dinyatakan diperkara (i) di atas yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
iii. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
iv. Mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya 5 tahun.
v. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik.

Cara Memohon:

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Perjawatan ASWARA yang boleh diperolehi dengan memuat turun borang tersebut di laman Web ASWARA iaitu di http://www.aswara.edu.my

Permohonan yang telah dilengkapkan perlu dikembalikan bersama-sama sekeping gambar terbaru berukuran passport, salinan sijil kelahiran, salinan kad pengenalan, salinan sijil-sijil persekolahan dan kelulusan, resume dan dokumen-dokumen sokongan dan sijil-sijil yang berkaitan yang telah disahkan.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 40.5sm x 30.5sm. Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendak ditulis nama jawatan dipohon

Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat di bawah sebelum atau pada 11 April 2014.

Rektor
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
464, Jalan Tun Ismail,
50480 KUALA LUMPUR.
(u.p: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
Tel : 03-2697 1777 / 03-2697 1128 / 1149 / 5448 / 5258

Advertisement:
http://www.aswara.edu.my/web/guest/muat-turun1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s