Tentera Laut Diraja Malaysia Jawatan Kosong Terkini 2014-2015

Posted on


Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mempelawa belia dan beliawanis tanahair untuk berkhidmat sebagai anggota TLDM peringkat rendah (Lain-Lain Pangkat) lelaki dan wanita di dalam pelbagai bidang kepakaran dan cawangan.

1. KELAYAKAN AKADEMIK
a. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian di dalam mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
b. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

2. LAIN-LAIN KELAYAKAN
a. Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga 23 tahun pada tarikh angkat sumpah 19 Mei 2014.
b. Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota.
c. Taraf perkahwinan bujang.
d. Berat badan minima 47.5 kg (Lelaki) 46.5 kg (Wanita), tinggi sekurang-kurangnya 1.62 meter (Lelaki) 1.60 meter (Wanita), Body Mass Index (BMI) di antara 18 – 25 (Lelaki) 18 – 23 (Wanita).
e. Ukuran dada minima 76 sm.
f. Penglihatan hendaklah terang dan jelas tanpa cermin mata atau kanta sesentuh serta tidak rabun warna.
g. Proses pemilihan adalah berdasarkan kepada kelayakan akademik,
pemeriksaan dokumentasi, pemeriksaan fizikal dan ujian fizikal. Kecermerlangan
dalam bidang sukan akan diberi keutamaan.

3. PERMOHONAN
Calon yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan secara online di laman
sesawang http://www.jobsmalaysia.gov.my.

Advertisement:
http://static.jobsmalaysia.gov.my/html/jcs-resources/TLDM_MAC2014.pdf

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s