Universiti Islam Malaysia Jawatan Kosong Terbaru 2014

Posted on


Majlis Universiti Islam MalaysiaJAWATAN KOSONG TERBARU

Majlis Universiti Islam Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut:

Timbalan Pendaftar (Akademik)Gred UP2 [ Gaji  Minimum: RM 5,995.00 (Tidak Termasuk Elaun)]
Kelayakan :

a.Warganegara Malaysia
b.Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
c.Ijazah sarjana muda/ Ijazah Sarjana Muda Kepujian/ Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripda institusi – institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
d.Kepujian  Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
e.Mempunyai pengetahuan yang luas dalam menguruskan hal ehwal akademik dari proses pengambilan dan pendaftaran pelajar, peperiksaan, pengijazahan serta pembangunan program hinggalah ke peringkat akreditasi program akademik
f.Pengalaman kerja di institusi pengajian tinggi tidak kurang dari 10 tahun dan pernah berkhidmat di Fakulti/Bahagian Akademik /Pusat Pembangunan Akademik

Deskripsi Tugas :

a.Bertanggungjawab ke atas sistem pengurusan akademik universiti.
b.Bertanggungjawab dalam penyediaan dokumen dan menyelaras pembangunan program akademik dan semakan kurikulum program.
c.Membantu merancang kerjasama akademik universiti dengan IPT dalam atau luar negara.
d.Merancang pengambilan dan pendaftaran pelajar termasuk mengadakan pemasaran program.
e.Bertanggungjawab dalam urusan akreditasi dan pengiktirafan program akademik universiti.
f.Bertanggungjawab kepada penggubalan dasar, garis panduan dan peraturan berkaitan akademik.
g.Pengurusan peperiksaan, pengijazahan dan penganugerahan Hadiah Akademik Pelajar.
h.Penyediaan jadual pengajaran dan pembelajaran.
i.Bertanggungjawab dalam pengurusan rekod pelajar.
j.Bertanggungjawab terhadap perancangan dan pengurusan kewangan bahagian.
k.Merancang dan menyelaras aktiviti bulanan dan tahunan bahagian.
l.Menjalankan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

CARA MEMOHON
1. Setiap permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Bagi Pelantikan Jawatan UIM yang boleh dimuat turun dari laman web Universiti Islam Malaysia http://www.uim.edu.my atau http://www.muim.my.
2. Borang permohonan hendaklah disertakan bersama salinan sijil akademik tertinggi mengikut kelayakan skim berkaitan.
3. Borang    permohonan    yang   telah   lengkap   hendaklah  di hantar ke alamat :
Universiti Islam Malaysia (UIM),
Blok I-PT 12051,
No. 3200 Jln Teknokrat 2,
MKN Embassy Techzon Cyberjaya,
63000, Sepang, Selangor.
Selangor Darul Ehsan.
5. Tarikh tutup permohonan ialah pada 10 Ogos 2014
6. Sebarang pertanyaan boleh dihubungi di talian berikut: 03-8318 6848(Cik Halina Kadir.

Advertisement:
http://www.uim.edu.my/en/index.php/pengumuman/48-jawatan-kosong

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s