Jawatan Kosong Pegawai Ehwal Ekonomi Lembaga Koko Malaysia 2014

Posted on


Lembaga Koko MalaysiaIKLAN KEKOSONGAN JAWATAN DI LEMBAGA KOKO MALAYSIA

Lembaga Koko Malaysia mempelawa permohonan dari warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan bertaraf TETAP di Lembaga Koko Malaysia. Maklumat jawatan dan syarat kelayakan adalah seperti berikut:

PEGAWAI EHWAL EKONOMI [Bil. Kekosongan: 1] (Penempatan : Pusat Inovasi dan Teknologi Koko, Nilai) Klasifikasi Perkhidmatan : Ekonomi Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional Taraf Jawatan : Tetap Jadual Gaji : Gred E41

Syarat Kelayakan :
a) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Ekonomi, Pengurusan Perniagaan dan Pemasaran, Undang-undang, Perniagaan Tani atau dalam bidang lain yang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institut-institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; DAN b) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat-Syarat Permohonan:
i) Terdiri daripada warganegara Malaysia.
ii) Calon-calon bagi lantikan hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
iii) Bagi calon-calon yang terdiri daripada pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-badan Berkanun dan Kuasa Tempatan hendaklah berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh iklan serta mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan mengemukakan bersama Laporan Nilaian Prestasi Tahun 2013, Kenyataan Perkhidmatan yang kemas kini dan Laporan Perisytiharan Harta.

Cara Memohon:

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan yang boleh dicetak melalui Laman Sesawang Lembaga di alamat http://www.koko.gov.my

Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta sekeping gambar berukuran paspot dan salinan Ijazah (termasuk transkrip keputusan peperiksaan semua semester), STPM/SPM/, Sijil Berhenti Sekolah dan lain-lain dokumen (spt, kad pengenalan, sijil lahir, dll lagi) yang DIAKUI SAH oleh Pegawai Dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional dan hendaklah dihantar tidak lewat pada 05 SEPTEMBER 2014 ke Ibupejabat Lembaga Koko Malaysia di alamat:

KETUA PENGARAH
LEMBAGA KOKO MALAYSIA
TINGKAT 5 & 6, WISMA SEDCO,
LORONG PLAZA WAWASAN
OFF COASTAL HIGHWAY
BEG BERKUNCI 211
88999 KOTA KINABALU, SABAH.

Nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatit disudut atas sebelah kiri sampul surat. Sebarang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan dan akan dianggap tidak berjaya, hanya calon-calon yang layak selepas tapisan / senarai pendek sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Advertisement:
http://www.koko.gov.my/lkm/getfile.asp?id=4394

Borang:
http://www.koko.gov.my/lkm/getfile.asp?id=3089

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s