Jawatan Kosong TV AlHijrah Terkini Oktober 2014

Posted on


AlHijrah Media CorporationAlHijrah Media Corporation pengendali stesen TV Alhijrah adalah sebuah syarikat jaminan Kerajaan Malaysia dibawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Kami menyajikan teknologi penyiaran yang canggih dengan menjadi Stesen TV Percuma yang berfungsi sepenuhnya dalam teknologi Digital dan Aplikasi Penyiaran Definasi Tinggi yang pertama di Malaysia. Sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangan syarikat, kami sedang mencari calon-calon yang berkelayakan dan berbakat untuk menyertai pasukan TV AlHijrah.

EKSEKUTIF SUMBER MANUSIA

Kelayakan:
• Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia, Teknologi Maklumat atau yang setaraf
• Sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan
• Kemahiran menggunakan sistem Orisoft adalah satu kelebihan
• Perlu ada sikap kepimpinan dalam mengetuai satu-satu tugasan
• Pro-aktif dan mampu untuk bekerja secara bebas
• Komunikasi dan kemahiran interpersonal yang baik
• Mempunyai motivasi diri yang tinggi

EKSEKUTIF MEDIA BARU ( WEBMASTER / PROGRAMMER )

Kelayakan:
• Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer, Kejuruteraan, Pemasaran (E-Dagang), Multimedia Kreatif atau yang setaraf ( Mahir dalam pengaturcaraan website )
• Sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman berkaitan Pengaturcaraan Dan Server
• Berpengalaman luas dalam PHP / ASP Dan mahir dalam menggunakan CMS ( WordPress, Joomla, Drupal Dan Sebagainya )
• Pengetahuan dalam membina module dan plugin wordpress / menggunakan PHP
• Baik dari segi penulisan dan komunikasi bahasa Melayu dan Inggeris
• Mempunyai personaliti yang baik
•Mampu bekerja dalam berkumpulan

EKSEKUTIF TRAFIK

Kelayakan:
•Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media, Komunikasi Korporat atau yang setaraf.
•Sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan.
•Kemahiran menggunakan sistem Broadcast Master (BCM) adalah satu kelebihan.
•Perlu ada sifat kepimpinan dalam mengetuai satu-satu tugasan.
•Pro-aktif dan mampu untuk bekerja secara bebas.
•Komunikasi dan kemahiran interpersonal yang baik.
•Mempunyai motivasi yang tinggi.

PENYUNTING RANCANGAN

Kelayakan:
•Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media, Komunikasi Korporat, Kewartawanan atau yang setaraf.
•Sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman dalam bidang penyiaran.
•Berpengalaman dalam penyuntingan Audio Video.
•Berkemahiran dalam pengendalian alat/perisian penyuntingan.
•Perlu ada sikap kepimpinan dalam mengetuai satu-satu tugasan.
•Pro-aktif dan mampu untuk bekerja secara bebas.
•Komunikasi dan kemahiran interpersonal yang baik.
•Mempunyai motivasi yang tinggi.

EKSEKUTIF PERKHIDMATAN SKRIN
Kelayakan:
• Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media, Komunikasi Korporat atau yang setaraf
• Sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan
• Boleh membuat terjemahan ke Bahasa Melayu
• Kemahiran menggunakan Cavena Tempo adalah satu kelebihan
• Perlu ada sikap kepimpinan dalam mengetuai satu-satu tugasan
• Pro-aktif dan mampu untuk bekerja secara bebas
• Komunikasi yang baik dan kemahiran interpersonal yang baik
• Mempunyai motivasi diri yang tinggi

POLIS BANTUAN (KONSTABEL)

Kelayakan:
• Rakyat Malaysia berumur 25 – 35 tahun (Lelaki/Perempuan)
• Kelayakan minimum SPM
• Polis Bantuan adalah digalakkan memohon
• Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malayu
• Boleh bekerja shif
• Mempunyai kesihatan yang baik
• Mempunyai kenderaan sendiri

EKSEKUTIF AUDIT DALAMAN & PENGURUSAN RISIKO

Kelayakan:
• Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Profesional dalam Kewangan / Perakaunan / Perbankan
• 2 tahun pengalaman bekerja di dalam bidang berkaitan audit dalaman atau audit luar
• Pendedahan kepada sistem pengurusan risiko korporat
• Tahap integriti yang tinggi, matang, teliti, pendekatan analitikal, kemahiran berkomunikasi yang cemerlang, interpersonal yang baik adalah pra-syarat
•Pengalaman dalam bidang audit dalaman di dalam industri penyiaran adalah satu kelebihan

PENERBIT & EDITOR BERITA
Kelayakan:
• Ijazah Sarjana Muda atau kelulusan setara dalam bidang berkaitan seperti Komunikasi Massa, Kesusteraan, Penulisan dan Penyiaran
• Sekurang-kurangnya 3-5 tahun pengalaman dalam bidang kewartawanan siaran atau penerbitan
• Seseorang yang tidak mempunyai kelayakan akademik seperti di atas boleh dipertimbangkan sekiranya mempunyai pengalaman antara 7 – 10 tahun dalam bidang kewartawanan siaran dan penerbitan
• Perlu ada sikap kepimpinan dalam mengetuai satu-satu tugasan
• Pro-aktif dan mampu untuk bekerja secara bebas
• Komunikasi yang baik dan kemahiran interpersonal
• Mempunyai motivasi diri yang tinggi

Peluang pembangunan kerjaya dalam syarikat yang sangat baik. Kami juga menawarkan pakej imbuhan yang menarik kepada calon-calon yang layak. Pemohon yang berminat hendaklah menghantar resume lengkap mereka menyatakan gaji semasa dan dipohon bersama-sama dengan foto saiz pasport (tidak dikembalikan) kepada:-

Jabatan Sumber Manusia
ALHIJRAH MEDIA CORPORATION (TV AlHijrah)
Kompleks Pusat Islam,
Jalan Perdana,
50480 Kuala Lumpur.
Tel : 03-22601600
Fax : 03-22601566
E-mail : jobs@tvalhijrah.com
Website : http://www.tvalhijrah.com

*Hanya calon yang disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

Tarikh Tutup : 1 November 2014

Advertisement:
http://tvalhijrah.com/Kerjaya/Jawatankosong.aspx

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s