Jawatan Kosong Jurulatih 2014 Majlis Sukan Negeri Selangor

Posted on


Majlis Sukan Negeri SelangorIKLAN JAWATAN KOSONG
MAJLIS SUKAN NEGERI SELANGOR
Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 25 tahun ke atas dan tidak melebihi 52 tahun memenuhi syarat serta kriteria yang ditetapkan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

a. Jawatan : Jurulatih Sepenuh Masa
b. Jabatan : Majlis Sukan Negeri Selangor
c. Taraf Jawatan : Kontrak
d. Sukan
1. Memanah
2. Angkat Berat
3. Gimnastik
4. Berbasikal
5. Olahraga
6. Menembak
e. Tarikh Tutup Permohonan : 17 November 2014

SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a. Warganegara Malaysia.
b. Berumur tidak kurang daripada 25tahun dan tidak melebihi 52 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan namun ianya tertakluk kepada jenis sukan.
c. Mempunyai Sijil Kejurulatihan sekurang – kurangnya Tahap 2 di peringkat Persatuan Kebangsaan atau Diploma Kejurulatihan dalam atau luar negara yang diiktiraf oleh International Olympic Council (IOC) serta sijil yang setaraf dengannya atau Sijil Kejurulatihan tertinggi dalam sesuatu permainan di peringkat Persatuan Kebangsaan.
d. Mempunyai pengalaman melatih atlet berprestasi tinggi di peringkat Negeri atau Kebangsaan sekurang – kurangnya 2 tahun atau lebih.
e. Mempunyai syarat – syarat khusus yang diperakukan oleh badan – badan sukan kebangsaan yang berkenaan.
f. Tidak terlibat dengan mana – mana program luar dan bersedia untuk ditempatkan kemana – mana pusat latihan negeri.
g. Mempunyai minat yang tinggi dalam bidang kejurulatihan dan disahkan sihat oleh pegawai perubatan kerajaan.

CARA MEMOHON :
a. Permohonan hendaklah menggunakan borang yang disediakan dan disertakan dengan Surat Permohonan Jawatan dan ”Resume” yang lengkap. Bagi keterangan lanjut berkenaan syarat-syarat permohonan, sila layari laman web//:www.msnselangor.gov.my
b. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak dan dikemukakan kepada Pejabat Majlis Sukan Negeri Selangor beserta dengan dokumen-dokumen sokongan seperti perenggan (c) di bawah;
c. Permohonan hendaklah disertakan sekeping gambar ukuran passport, salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa serta sijil lahir, sijil-sijil persekolahan dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
d. Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:

Majlis Sukan Negeri Selangor
D/A : Carlton Holiday Hotel & Suites
No. 1, Aras 3, Persiaran Akuatik 13/43
Seksyen 13, 40100 Shah Alam
SELANGOR DARUL EHSAN.

Nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatat di sebelah kiri atas sampul surat.

e. Tarikh tutup permohonan adalah pada 17 November 2014

Advertisement:
http://www.msnselangor.gov.my/jmsn/muat-turun/finish/44-2014/178-jawatan-kosong-jurulatih-sepenuh-masa/0

Borang:
http://www.msnselangor.gov.my/jmsn/muat-turun/finish/44-2014/179-borang-permohonan-jawatan-jurulatih-sepenuh-masa/0

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s