Jawatan Kosong Bernama Terkini 2014

Posted on


BERNAMABERNAMA, Agensi Berita Nasional Malaysia dan peneraju dalam perkhidmatan berita dan maklumat mempelawa calon warganegara Malaysia yang layak untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

Pegawai Undang-Undang Gred L44
Syarat Lantikan:
a)
i) Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktirafkan setaraf dengannya; atau
ii) Lulus Peperiksaan Akhir Peguam (Bar Final Examination); dan
b) Lulus dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
c) Mempunyai tempoh pengalaman sekurang-kurangnya lima (5) tahun dalam bidang perundangan.
(Gaji Permulaan ialah pada Gred L44 RM3,412.00)

AKAUNTAN GRED W48 (JAWATAN SECARA PINJAMAN)
Kelayakan:

Terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan/Negeri dan Badan-badan Berkanun Persekutuan/Negeri serta sekurang-kurangnya berada pada Skim Perkhidmatan Akauntan Gred W44 atau Akauntan Gred W48;
Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau setaraf dengannya;
Memiliki pengalaman selama lima (5) tahun dalam bidang perakaunan atau dalam bidang yang berkaitan;
Kepujian dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;
Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan adalah satu kelebihan;
Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik.

PEGAWAI TADBIR GRED N52 (JAWATAN SECARA PINJAMAN)
KELAYAKAN:

Terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan/Negeri dan Badan-badan Berkanun Persekutuan/Negeri/Pihak Berkuasa Tempatan serta sekurang-kurangnya berada pada Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Gred N52;
Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam mana-mana yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau setaraf dengannya;
Keutamaan akan diberi kepada calon yang mempunyai kelulusan dalam bidang kesetiausahaan syarikat;
Memiliki pengalaman selama lima belas (15) tahun dalam bidang yang berkaitan;
Kepujian dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;
Mempunyai kemahiran berkomunikasi lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris yang baik.

Cara Memohon:

Calon yang berminat diminta membuat permohonan yang lengkap dengan menyatakan butir-butir peribadi, kelayakan akademik (sila sertakan salinan
sijil kelayakan akademik), pengalaman bekerja, gaji yang diterima sekarang serta gaji yang
dipohon, nombor telefon yang boleh dihubungi, gambar berukuran passport, salinan Kad Pengenalan dan salinan sijil-sijil yang berkaitan sebelum atau pada Jumaat, 7 November 2014
ke alamat berikut:

Pengurus Sumber Manusia
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Tingkat 13,Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan 1/65A
Off Jalan Tun RazaK
50400 KUALA LUMPUR
(Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga

Advertisement:
http://www.bernama.com/bernama/misc/vacancy/job_adsbm.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s