Jawatan Kosong Pegawai Penerangan 2014 Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara

Posted on


LEMBAGA PEMBANGUNAN SENI VISUAL NEGARA
(KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA)

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN), Agensi Badan Berkanun di bawah Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia menjemput warganegara Malaysia yang berkelayakan, berpengalaman dan berminat serta berdedikasi bagi mengisi kekosongan jawatan yang bertaraf pembekal khidmat jawatan melalui satu perjanjian/ kontrak dari setahun ke setahun berdasarkan keperluan seperti berikut;

JAWATAN PEGAWAI PENERANGAN

1. SYARAT LANTIKAN
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dengan kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(iii) Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dengan kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(iii) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
dan (d) lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

CARA MEMOHON
1. Permohonan hendakah dibuat dengan menggunakan BORANG LPSVN 1/94 (Pindaan 2013) yang boleh didapati secara percuma daripada Bahagian Khidmat Pengurusan LPSVN atau boleh dimuat turun daripada laman web LPSVN http://www.artgallery.gov.my . Borang salinan pendua boleh digunakan.
2. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, salinan sijil kelahiran, salinan kad pengenalan, salinan sijil-sijil persekolahan dan kelulusan yang berkelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan.
3. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 23cm x 30cm. Disudut sebelah kiri sampul hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon.

Permohonan hendaklah disampaikan kepada;

Ketua Pengarah
Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara
No.2, Jalan Temerloh
Off Jalan Tun Razak
53200 Kuala Lumpur
(u.p: Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan))

Tarikh tutup : 5 November 2014

Advertisement:
http://www.artgallery.gov.my/wp-content/uploads/Iklan-S41-pegawai-penerangan-Kontrak-pembekal-khidmat.pdf

Borang:
http://www.artgallery.gov.my/wp-content/uploads/Borang-Permohonan-Jawatan-LPSVN.v11.pdf

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s