Jawatan Kosong Pegawai Perhubungan Majlis Perbandaran Port Dickson 2014

Posted on


Majlis Perbandaran Port DicksonIKLAN JAWATAN KOSONG
MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON
( KEUTAMAAN KEPADA ANAK NEGERI SEMBILAN )

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang
daripada 18 tahun untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

1. Pegawai Perhubungan  Awam Jawatan Terbuka Gred 41 (Tetap)

1. SYARAT LANTIKAN: –
i) Warganegara Malaysia;
ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
2. KELAYAKAN LANTIKAN:-
i. Ijazah Sarjana Muda atau kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institut-institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya; atau
ii. Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institut-institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya; dan
(Syarat tambahan: Keutamaan kepada calon yang memiliki ijazah dalam
bidang perhubungan awam atau pelancongan)
iii. Memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

3. CARA MEMOHON
i) Borang permohonan boleh dimuat turun di laman web rasmi MPPD di
http://www.mppd.gov.my.
ii) Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan salinan
maklumat-maklumat yang DIAKUI SAH oleh Pegawai Kerajaan Gred A
(Gred 41 dan ke atas)/Penghulu/Pengerusi JKKK.
a. Gambar warna ukuran pasport
b. My kad/kad pengenalan
c. Sijil kelahiran (surat beranak)
d. Sijil Ijazah Sarjana Muda
e. Sijil Pelajaran Malaysia(SPM)
f. Sijil berhenti sekolah
g. Sijil-sijil berkaitan
iii) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang berkhidmat dengan Kerajaan/
Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua
Jabatan masing-masing dan menyertakan bersama-sama dengan Kenyataan
Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Prestasi Tahun 2013.
iv) Nama jawatan hendaklah ditulis di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan
borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat
seperti di bawah:

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Port Dickson,
Km 1, Jalan Pantai,
71009 Port Dickson.
(u.p: Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 7 NOVEMBER 2014

Advertisement:
http://www.mppd.gov.my/jawatan-kosong

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s