Jawatan Kosong Polis Bantuan Terkini 2014 Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad

Posted on


Keretapi Tanah Melayu BerhadKERETAPI TANAH MELAYU BERHAD (225943-T)

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan di Keretapi Tanah Melayu Berhad bagi jawatan berikut:

POLIS BANTUAN
(GRED KP10G12)

Syarat Kelayakan
• Lulus Sijil Rendah Pelajaran (SRP) / Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan mendapat kepujian di dalam Bahasa Malaysia;
• Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup iklan (bagi calon luar) atau tidak tidak melebihi 30 tahun bagi kakitangan KTM Berhad;
• Tinggi tidak kurang daripada 165 sm (tanpa memakai kasut);
• Berat badan tidak kurang daripada 48kg;
• Ukuran dada biasa 79sm, tarik nafas 84sm;
• Penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa cermin mata;
• Boleh berkomunikasi dan menulis di dalam Bahasa Malaysia;
• Bebas dari segala jenis Dadah / Jenayah.
• Sedia ditempatkan ke mana-mana lokasi di rangkaian KTM Berhad;

Spesifikasi Tugas.
• Menjaga kawasan bit, pos bengkel, ibu pejabat, pejabat tunai, stesen, dan platform;
• Menjalankan tugas-tugas mengiringi wang ke bank bersama penyelia;
• Menjalankan tugas-tugas rondaan bersama penyelia di laluan komuter;
• Mengeluarkan pas pelawat kepada orang awam yang memasuki depoh dan pejabat di ibu pejabat KTM Berhad;
• Membuat pemeriksaan terhadap kenderaan yang keluar masuk di depoh;
• Membuat laporan kenyataan yang benar dalam buku catatan, buku harian, balai dan sebarang buku laporan.

Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan pengalaman, butir-butir peribadi beserta dengan salinan sijil-sijil persekolahan, sekeping gambar berukuran pasport dan sampul surat beralamat sendiri (ukuran 4” x 9”) yang bersetem. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar tidak lewat daripada 7 November 2014 ke alamat seperti berikut:

Pengurus Besar
Pengurusan Bakat dan Pembangunan Organisasi
(Unit Perancangan Kakitangan)
Ibu Pejabat Korporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur
Tel: 03-22631368/03-22631312

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s