Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Universiti Utara Malaysia 2014

Posted on


Universiti Utara MalaysiaPERMOHONAN MENGISI JAWATAN KOSONG

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut di Universiti Utara Malaysia.

1.  (a) Jawatan: PEMBANTU TADBIR (PEPERIKSAAN) GRED N17
(b) Badan Berkanun: Universiti Utara Malaysia
(c) Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana Berkelayakan SPM
(d) Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan (N)

Jadual Gaji    :    RM54.00 sehari

Syarat Lantikan :

i)    Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; DAN
ii)   Kepujian Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Taraf Jawatan    :    Sambilan

Fungsi Bidang Tugas :

Umum
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/ komunikasi).

Khas
Membantu Ketua Pengawas dan Pengawas dalam pengendlian peperiksaan dan bertanggungjawab secara terus kepada Ketua Pengawas dan Pengawas  dalam urusan pengendalian peperiksaan.

TEMPOH PERKHIDMATAN
Mulai 15 Disember 2014 hingga 21 Januari 2015.

Nota:

Keutamaan diberikan kepada calon:

1.    Tinggal berdekatan dengan kampus UUM (Sintok); DAN
2.    Lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia; DAN
3.    Kepujian dalam mata pelajaran Matematik pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

CARA MEMOHON

Permohonan jawatan kosong  boleh dicapai melalui pautan laman sesawang http://perjawatan.uum.edu.my
Tarikh tutup permohonan    :  17 November 2014 (Isnin)

CATATAN TAMBAHAN

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk ditemu duga.
Permohonan yang tidak menerima jawapan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh iklan jawatan ditutup hendaklah dianggap Tidak Berjaya.
Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan/temu duga jawatan ini tidak akan ditanggung oleh Universiti Utara Malaysia

Registrasi Online:
http://perjawatan.uum.edu.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s