Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Selayang Terkini 2014-2015

Posted on


Majlis Perbandaran SelayangJABATAN KHIDMAT PENGURUSAN
MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG
Persiaran 3, Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves Selangor Darul Ehsan.

JAWATAN KOSONG MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG (IKLAN LUARAN)

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah dipelawa memohon jawatan dalam iklan ini :

1. PENOLONG JURUTERA JA29 KONTRAK / 1
SYARAT-SYARAT LANTIKAN :
– Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,417.59) atau
– Diploma dalam bidang Kejuruteraan (Awam) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,826.02).
– Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

2. PENOLONG PEGAWAI VETERINAR G27 KONTRAK / 1
SYARAT-SYARAT LANTIKAN :
– Sijil Veterinar daripada Institut Veterinar Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred G27: RM1,363.00) atau
– Diploma dalam bidang kesihatan haiwan dan penternakan atau sains veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred G27: RM1,814.06)
– Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

3. PEMANDU KENDERAAN H11 TETAP / 4

SYARAT-SYARAT LANTIKAN :-
– Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
– Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [Kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan ( P )]; dan
– Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
– Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:
a. Lesen D RM896.15
b. Lesen E/E1/E2 RM942.30
c. Lesen F/H RM988.45
d. Lesen G/I RM1,034.60
– Kepujian dalam subjek Bahasa Malayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

PERMOHONAN :- Borang MPS 1 boleh dibeli di Kaunter Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 7, Menara Majlis Perbandaran Selayang dengan harga RM 1.00 tunai/naskah atau boleh dicetak melalui Laman Sesawang MPS http://www.mps.gov.my.

Permohonan hendaklah dihantar dengan menggunakan sampul surat dan dinyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat kepada :

JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN
TINGKAT 7, MENARA MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG,
PERSIARAN 3, BANDAR BARU SELAYANG,
68100 BATU CAVES, SELANGOR DARUL EHSAN.

Tarikh tutup iklan pada : 14 November 2014 (Jumaat-Pukul 5.00 Petang)

Advertisement:
http://www.mps.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=b17b59db-2b9d-4191-b60e-d6591ebb4427&groupId=10157

Borang:
http://www.mps.gov.my/documents/10157/4e3e5340-9c68-48f0-89bd-2edbe78cb5d8

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s