Jawatan Kosong Pembantu Penguatkuasa Majlis Daerah Kota Tinggi Nov 2014

Posted on


Majlis Daerah Kota TinggiIKLAN JAWATAN KOSONG

1. PEMBANTU PENGUATKUASA GRED N17 (LELAKI/PEREMPUAN) 6 kekosongan
TARAF JAWATAN: Kontrak

-(a) Kumpulan Perkhidmatan: SOKONGAN
(b) Klasifikasi Perkhidmatan: PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
– JADUAL GAJI: GRED N17

SYARAT LANTIKAN :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Warganegara Malaysia;- keutamaan kepada penduduk Negeri Johor yang menetap dan beralamat di Daerah Kota Tinggi
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii) Bekas anggota Polis Diraja Malaysia atau Angkatan Tentera Malaysia yang berpangkat Koperal ke atas dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan;
(d) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-
(i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m;
(ii) Berat badan sekurang-kurangnya 48kg;
(iii) Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79cm dan semasa menarik nafas 84cm;
(iv) Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
(v) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(vi) Diakui sihat dan sesuai oleh Pegawai Perubatan kerajaan; dan
(e) Calon yang memiliki kelayakan di perenggan 3(c)(i) atau (ii) di atas hendaklah lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

CARA MEMOHON:
(a) Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh didapati di Pejabat Majlis Daerah Kota Tinggi, Johor pada waktu pejabat dengan dikenakan bayaran RM1.00 senaskah atau boleh dimuat turun melalui laman web http://www.mdkt.gov.my dan bayaran borang permohonan hendaklah dibuat menggunakan kiriman wang pos.
(b) Borang permohonan mestilah disertakan dengan salinan kad pengenalan, sijil kelahiran dan sijil-sijil persekolahan,kelulusan akademik (termasuk Ijazah , Diploma – jika berkenaan), transkrip keputusan peperiksaan semua semester serta sekeping gambar berukuran pasport. Semua dokumen hendaklah di SAHKAN daripada salinan asal.

Borang-borang permohonan hendaklah diiisi dengan lengkap dan dihantar kepada:

Yang Dipertua
Majlis Daerah Kota Tinggi
Jalan Padang
81900 Kota Tinggi

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 12 November 2014

Advertisement:
http://www.mdkt.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=cb45b621-8be8-46aa-b762-42c5fa652485&groupId=275385

Borang:
http://www.mdkt.gov.my/documents/10124/036fbb6d-4fd5-4d0b-93d6-15f85121103f

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s