Jawatan Kosong Polis Bantuan dan Audit Dalam 2014 Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak

Posted on


Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri PerakIKLAN JAWATAN KOSONG
KUMPULAN PERBADANAN PEMBANGUNAN PERTANIAN NEGERI PERAK

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk berkhidmat di Kumpulan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak dalam jawatan seperti berikut :

1) POLIS BANTUAN (LELAKI DAN WANITA)

SYARAT KELAYAKAN
Telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikut sistem terbuka dengan lulus enam (6) mata pelajaran iaitu dua (2) daripada mata pelajaran adalah diperingkat Kepujian termasuk Bahasa Melayu dalam satu peperiksaan ATAU dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut – turut
Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun bagi Pekerja Am Kumpulan PPPNP.
Tinggi sekurang – kurangnya 1.67 M tanpa sepatu.
Berat badan sekurang – kurangnya 53 Kg.  Body Mass Index (BMI) di antara 18 – 25
Ukuran dada biasa sekurang – kurangnya 79 sm dan 84 sm semasa menarik nafas.
Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan v / 6 / 9 tanpa cermin mata atau kanta lekap (contact lens).Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
Boleh Berkomunikasi dan menulis di dalam Bahasa Malaysia
Bebas dari segala jenis Dadah/Jenayah
Sedia ditempatkan ke mana-mana lokasi di rangkaian Kumpulan PPPNP.
Bekas – bekas Tentera dan Polis amat dialu – alukan.

SPESIFIKASI TUGAS
Menjaga Kawasan Bit, pos ladang/kilang, ibu pejabat dan lain-lain yang ditetapkan oleh pihak pengurusan PPPNP;
Menjalankan tugas-tugas rondaan di Ibu Pejabat, Kilang/Ladang dan lain-lain tempat milik Kumpulan PPPNP;
Mengeluarkan pas pelawat kepada orang awam yang memasuki Ibu Pejabat, Kilang/Ladang dan lain-lain tempat milik Kumpulan PPPNP;
Membuat pemeriksaan terhadap kenderaan yang keluar masuk di Ibu pejabat, Kilang/Ladang dan lain-lain tempat milik Kumpulan PPPNP;
Membuat laporan kenyataan yang benar dalam buku catatan, buku harian dan sebarang buku laporan.

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan pengalaman, butir-butir peribadi beserta pengalaman, butir-butir peribadi beserta dengan salinan sijil-sijil persekolahan, sekeping gambar berukuran passport. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar tidak lewat daripada 10 November 2014 ke alamat seperti berikut :-

PERBADANAN PEMBANGUNAN PERTANIAN NEGERI PERAK
NO. 3, JALAN TAMAN KINTA, TAMAN CHATEAU
30250 IPOH,
PERAK DARUL RIDZUAN
(U.P. BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)

2. EKSEKUTIF AUDIT DALAM (LELAKI SAHAJA)

KELAYAKAN:
Kelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan
Berpengalaman dalam profesion ini lebih 2 tahun
Mempunyai tauliah Audit Dalam (Certified Internal Auditor)

TANGGUNGJAWAB:
Menjalankan tanggungjawab untuk fungsi perancangan dan penyelarasan Juruaudit Dalaman
Menyediakan rancangan audit serta mengawas dan menyelia aktiviti Audit Dalam meliputi program audit, skop kerja perjawatan, bajet dan latihan
Menjalankan tugas-tugas pengauditan merangkumi auditan pengurusan, kewangan dan sistem matlumat pengurusan komputer serta lain-lain auditan yang berkaitan
Menyediakan laporan pengauditan dan menjalankan susulan ke atas cadangan audit.

Calon-calon yang berminat hendaklah menghantar permohonan secara bertulis dengan menyertakan  ‘resume’ yang lengkap beserta gambar ukuran passport (tidak dikembalikan) kepada alamat berikut:

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PERBADANAN PEMBANGUNAN PERTANIAN NEGERI PERAK
NO.3, JALAN TAMAN KINTA
TAMAN CHATEAU, 30250 IPOH,
PETI SURAT 228, 30730 IPOH.

(U.P. BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)

Hanya  calon-calon yang terpilih dan disenarai pendek sahaja akan dihubungi.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA : 15/11/2014

One thought on “Jawatan Kosong Polis Bantuan dan Audit Dalam 2014 Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak

    yana said:
    November 9, 2014 at 8:19 am

    Baru terbaca .. xdan nk hantar resume

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s