Jawatan Kosong Terkini Majlis Daerah Hulu Selangor 2014-2015

Posted on


Majlis Daerah Hulu SelangorMAJLIS DAERAH HULU SELANGOR
JAWATAN KOSONG
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Keutamaan kepada Rakyat Negeri Selangor yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
2. Penolong Jurutera JA29
3. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17
4. Pembantu Kesihatan Awam U17
5. Pemandu Kenderaan H11
6. Pembantu Awam H11

CARA MEMOHON
a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang MDHS yang boleh dibeli di Jabatan Khidmat Pengurusan dengan harga RM2.00 tunai/naskah atau dimuatkan di laman web http://www.mdhs.gov.my (RM 2.00 tunai/naskah).
b) Sekiranya pemohon membuat penghantaran borang secara pos, pemohon hendaklah menyertakan:
i) Kiriman wang / Wang pos (postal order/money order) berjumlah RM 2.00 kepada MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR.
ii) Satu (1) keping sampul surat berukuran 10 cm x 23 cm LENGKAP dengan NAMA dan BERALAMAT SENDIRI serta bersetem RM 0.60.
c) Borang Permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan jelas.
d) Borang permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran pasport, sesalinan surat beranak, kad pengenalan, sijil-sijil akademik dan persekolahan yang telah disahkan dari salinan asal.

Semua permohonan hendaklah dialamatkan kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR
JALAN BUKIT KERAJAAN
44000 KUALA KUBU BHARU.
(u.p.: Jabatan Khidmat Pengurusan)

Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di penjuru atas kiri sampul surat permohonan.

Tarikh tutup permohonan pada 20 November 2014 jam 5.00 petang.

Advertisement:
http://www.mdhs.gov.my/peluang-pekerjaan1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s