Jawatan Kosong Pembantu Penguatkuasa 2014 Majlis Perbandaran Kluang

Posted on


Majlis Perbandaran KluangMAJLIS PERBANDARAN KLUANG
86000 KLUANG
IKLAN JAWATAN KOSONG

Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia khususnya kepada rakyat Negeri Johor yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Majlis Perbandaran Kluang.

1. Pembantu Penguatkuasa (Letak Kereta) N 17
TARAF : KONTRAK

Syarat lantikan:
a) warganegara Malaysia;
b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan
[ Gaji permulaan ialah pada Gred N17:RM928.00]; atau
(ii) Bekas Anggota Polis Diraja Malaysia atau Angkatan Tentera Malaysia yang berpangkat Koperal ke atas dan telah disahkan dalam perkhidmatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan;
[ Gaji permulaan ialah pada Gred N17:RM928.00];
(d) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
iii) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
iv) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
v) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
vi) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
vi) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pegamal perubatan berdaftar.

Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati dengan harga RM 1.00/set di pejabat Majlis Perbandaran Kluang atau dengan memuat turun borang di laman web http://www.mpkluang.gov.my.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kluang
Jalan Pejabat kerajaan
86000 Kluang
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 13 NOVEMBER 2014

(sila nyatakan nama jawatan yang dipohon pada penjuru sebelah kiri sampul surat)

Advertisement:
http://www.mpkluang.gov.my/peluang-pekerjaan1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s