Jawatan Kosong Nov 2014 Lembaga Koko Malaysia Jawatan Pegawai Penyelidik

Posted on


Lembaga Koko MalaysiaIKLAN KEKOSONGAN JAWATAN
LEMBAGA KOKO MALAYSIA
Lembaga Koko Malaysia mempelawa permohonan dari warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap di Lembaga Koko Malaysia. Maklumat jawatan dan syarat kelayakan adalah seperti berikut:

1. PEGAWAI PENYELIDIK (Bil. Kekosongan : 1)

(Penempatan Kekosongan : Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Koko, Madai Baturong, Kunak)
i. Klasifikasi Perkhidmatan : Penyelidikan dan Pembangunan
ii. Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
iii. Taraf Jawatan : Tetap

Syarat Kelayakan :
a) Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana atau Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Biak Baka (Breeding) daripada Universiti-universiti Tempatan dan luar negara atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
DAN b) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Keutamaan adalah diberi kepada pemohon lelaki yang memperolehi Ijazah Sarjana dan mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan)

Syarat-Syarat Permohonan

i) Terdiri daripada warganegara Malaysia.
ii) Calon-calon bagi lantikan hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
iii) Bagi calon-calon yang terdiri daripada pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-badan Berkanun dan Kuasa Tempatan hendaklah berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh iklan serta mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan mengemukakan bersama Laporan Nilaian Prestasi Tahun 2012 atau 2013, Kenyataan Perkhidmatan yang kemas kini dan Laporan Pengisytiharan Harta.

Penaklukan Di bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan
Calon-calon yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.

Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan yang boleh dicetak melalui Laman Sesawang Lembaga di alamat http://www.koko.gov.my

Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta sekeping gambar berukuran paspot dan salinan Ijazah, Diploma (termasuk transkrip keputusan peperiksaan semua semester), STPM/SPM/, Sijil Berhenti Sekolah dan lain-lain dokumen (spt, kad pengenalan, sijil lahir, dll lagi) yang DIAKUI SAH oleh Pegawai Dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional dan hendaklah dihantar tidak lewat pada 19 November 2014 ke Ibu pejabat Lembaga Koko Malaysia di alamat:

KETUA PENGARAH
LEMBAGA KOKO MALAYSIA
TINGKAT 5, 6 & 7 WISMA SEDCO,
LORONG PLAZA WAWASAN
OFF COASTAL HIGHWAY
BEG BERKUNCI 211
88999 KOTA KINABALU, SABAH.
(U.P : UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)

Nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatit disudut atas sebelah kiri sampul surat. Sebarang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan dan akan dianggap tidak berjaya, hanya calon-calon yang layak selepas tapisan/senarai pendek sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Advertisement:
http://www.koko.gov.my/lkm/getfile.asp?id=4556

Borang:
http://www.koko.gov.my/lkm/getfile.asp?id=3089

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s