Jawatan Kosong Terkini Majlis Daerah Labis Johor 2014

Posted on


Majlis Daerah LabisMAJLIS DAERAH LABIS
85300 LABIS, JOHOR

Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia keutamaan kepada rakyat Negeri Johor yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi jawatan-jawatan berikut di Majlis Daerah Labis:

1. Penolong Pegawai Penilaian (Jawatan Tetap) W27
Syarat Lantikan:
(a)(i) Diploma Penilaian dari Universiti Teknologi Malaysia atau Diploma Pengurusan Hartanah dari Universiti Teknologi Mara yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(b) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

2. Pembantu Penilaian (Jawatan Tetap) W17

Syarat lantikan:
(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut;
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17: RM929.00); atau
(ii) Sijil Penilaian Harta Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Penilaian Negara (INSPEN) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17: RM1380.00); dan
(b) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Cara Memohon:

Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati di Pejabat Majlis Daerah Labis dengan harga RM1.00/set atau dengan mengemukakan sampul surat beralamat sendiri dan bersetem RM0.60 beserta wang pos bernilai RM1.00.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH LABIS
85300 LABIS, JOHOR

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 30 NOVEMBER 2014
(Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon pada penjuru sebelah kiri sampul surat)

Advertisement:
http://www.mdlabis.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=6eb7e786-5076-418d-b57e-a721fdef16a7&groupId=18103

Borang:
http://www.mdlabis.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=c2b33b27-d44c-4320-af00-e1e23b56916a&groupId=18103

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s