Jawatan Kosong Kontrak 2014 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak

Posted on


Majlis Agama Islam dan Adat Melayu PerakMAJLIS AGAMA ISLAM DAN ‘ADAT MELAYU PERAK (MAIPk)
TINGKAT SATU, KOMPLEKS ISLAM DARUL RIDZUAN
JALAN PANGLIMA BUKIT GANTANG WAHAB
30000 IPOH

Pemohon-pemohon adalah dipelawa daripada RAKYAT DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan beragama Islam yang
berkelayakan, untuk memohon kekosongan jawatan di Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) bagi jawatan berikut:

Pegawai penyelaras Masjid Daerah (PPMD) (Kontrak)

Mana-mana orang layak memohon untuk dilantik sebagai Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah jika dia memenuhi syarat-syarat yang berikut:

2.1.1 Warganegara Malaysia;
(i) lelaki (keutamaan);
(ii) sihat tubuh badan serta mental dan mampu menjalankan tugas dengan baik;
(iii) berumur tidak kurang daripada 25 tahun dan tidak melebihi 60 tahun; dan
(a) memiliki kelayakan sekurang-kurangnya Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
dan memperolehi prinsipal dalam subjek Syariah atau Usuluddin, Sijil Tinggi
Agama Malaysia (STAM) atau Diploma dalam bidang Pengajian Islam; atau
mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan
(b) bagi mana-mana orang yang berumur 55-60 tahun hendaklah mengemukakan
laporan kesihatan kepada pihak berkuasa agama negeri

2.2 Tertakluk kepada Garis Panduan 3(1), seseorang adalah layak dilantik sebagai Penyelaras Pentadbiran Masjid
Daerah mestilah memiliki kebolehan khusus seperti yang berikut –
2.2.1 memiliki sifat-sifat kepimpinan yang baik; dan
2.2.2 mempunyai pengetahuan dan berpengalaman dalam –
(i) memberikan khidmat nasihat berhubung hal ehwal kewangan; dan
(ii) penyeliaan program pengimarahan di masjid atau surau.

CARA MEMOHON

Pemohon hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan (MAIPk Pind 1/2007) yang boleh didapati
melalui laman web http://www.maiamp.gov.my atau dengan mengambil sendiri di kaunter
Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan atau mengirim sampul surat berukuran 23 sm x 10 sm beralamat
sendiri bersetem RM1.00.

Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan /
surat beranak, sijil berhenti sekolah, sijil persekolahan dan dokumen-dokumen lain berkaitan yang telah
disahkan.

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar sebelum atau pada 15 Disember 2014 ke alamat berikut:

Ketua Pegawai Eksekutif
Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak
Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Advertisement:
http://www.maiamp.gov.my/maiamp/maipk/index.php/awam/borang/category/13-jawatan-kosong?download=131:iklan-dan-borang-jawatan-kosong-bagi-jawatan-pegawai-penyelaras-masjid-daerah-kontrak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s