Temuduga Terbuka 2015 Tentera Darat Malaysia

Posted on


Tentera Darat MalaysiaTentera Darat Malaysia mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat untuk menghadiri sesi Pemilihan Awal Perajurit Muda
Lelaki/Wanita TD. Calon-calon yang layak akan dipanggil untuk menghadiri sesi Pemilihan Akhir Perajurit Muda Lelaki/Wanita TD yang akan dimaklumkan
berasingan. Calon yang berjaya akan menjalani Latihan Asas Ketenteraan selama 6 bulan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri
Sembilan. Syarat-syarat Lantikan adalah seperti berikut:

KELAYAKAN AKADEMIK

* Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu, Matematik, salah satu subjek Sains dan LULUS dalam Bahasa Inggeris.
* Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) TAHAP 2 ke atas dalam bidang ketukangan yang
berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan KEPUJIAN
dalam Bahasa Melayu peringkat SPM.
* Diploma dalam bidang Kejuruteraan atau Pembantu Perubatan/Kejururawatan/Pembantu
Farmasi/Juteknologi Pergigian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu peringkat SPM.
* Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Diploma Pelbagai Bidang (selain bidang tersebut di atas) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu peringkat SPM – dipertimbangkan kemasukan melalui Skim SPM.

LAIN-LAIN KELAYAKAN

* Warganegara Malaysia. Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun
pada tarikh angkat sumpah.
* Taraf Perkahwinan. Bujang dan tidak pernah berkahwin (wanita sahaja).
* Kes Polis/Mahkamah. Pemohon mestilah bebas dari sebarang kes jenayah/dadah/juvana.
* Taraf Kesihatan. Tahap penglihatan ialah 6/6 tanpa kaca mata dan kanta lekap. Calon-calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM iaitu memenuhi taraf Darjah Kesihatan Tubuh (DKT – Forward Everywhere (FE) iaitu boleh diatur gerak untuk semua tugas-tugas pertempuran di manamana bahagian dunia.
* Kriteria Pemilihan. Proses pemilihan adalah berdasarkan kepada merit: kelayakan akademik, ujian fizikal, ujian bertulis (IQ dan Psikologi) serta ujian kecergasan. Kecemerlangan dalam bidang sukan juga diberi keutamaan.

* Syarat Minima Ukuran Fizikal:

Tinggi 1.62m
Berat 47.5kg
BMI (Berat / Tinggi / Tinggi) = 18-26.9

DOKUMEN & SIJIL YANG DIPERLUKAN

Pemohon dikehendaki membawa bersama dokumen ASAL dan satu salinan fotostat dokumendokumen seperti berikut:

* Kad Pengenalan.
* Sijil Kelahiran.
* Sijil SPM atau Slip Peperiksaan (2013 sahaja).
* Sijil SKM Tahap 2.
* Diploma dan Transkrip (IPTS terlibat hendaklah mempunyai Malaysian Qualification Agency (MQA)/ Agensi Kelayakan Malaysia.
* Dip Kejururawatan – Wajib Lulus Peperiksaan dan Berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia
– sertakan bersama Perakuan Pendaftaran oleh Lembaga Jururawat Malaysia.
* Sijil Berhenti Sekolah.
* Fotostat Kad Pengenalan ibu bapa atau Sijil Kematian bagi ibu bapa yang telah meninggal dunia.
* Surat Nikah/Sijil Pendaftaran Perkahwinan dan Sijil Daftar Kelahiran Anak.
* Sekeping gambar terkini berukuran passport.
* Sila bawa bersama ball pen hitam.
* Sampul Surat Pos Ekspres (Pos Malaysia – berharga RM3.00) – saiz sampul 220mm x 110mm.

PUSAT PEMILIHAN SETEMPAT
PERAJURIT MUDA TD
Sila Hadir Dengan Berpakaian Kemas Di Pusat Pemilihan Yang Tercatat Di Bawah :

Tarikh : 29 hingga 31 Dis 14 (Isnin – Rabu)
Masa : 9.00 pagi – 1.00 petang
Tempat: Sel Pengambilan Perajurit Muda TD
Cawangan Sumber Manusia
Markas Tentera Darat 2,
Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR
(Pintu No. 7 – Bangunan di Belakang
Dewan Seroja, KEMENTAH)

Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi:
Tel: 03-2071 3807/4254/4523/4258/2197

Nota:
Untuk permilihan di seluruh negara akan bermula pada
bulan April 2015 (tarikh sebenar belum ditetapkan).
Perkara akan diiklankan dalam akhbar-akhbar utama
dan Portal Rasmi TD/Kementerian Pertahanan.

Advertisement:
http://army.mod.gov.my/index.php/maklumat/penerbitan/0512141424/file/151-0512141420

2 thoughts on “Temuduga Terbuka 2015 Tentera Darat Malaysia

    NUR MOHAMMAD FIRDAUZ BIN MOHAMMAD YUSOF said:
    January 24, 2015 at 5:14 pm

    Saya berminat tentera darat. .Cita-cita saya dari kecil lagi. ..Harap-harap saya dapat

    muhammad khidhir said:
    February 15, 2015 at 7:49 am

    Assalamuailaikum klau la tak ade sijil spm ..tpi ade sijil plkn dgn pmr bley tk

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s