Jawatan Kosong Pegawai Tadbir Lembaga Pembangunan Langkawi 2015

Posted on


Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI
(LANGKAWI DEVELOPMENT AUTHORITY)

IKLAN JAWATAN KOSONG
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan
untuk mengisi jawatan di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

(1) Jawatan : PEGAWAI TADBIR GRED N41
(2 Jawatan)
(1.1) Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki
kelayakan seperti berikut:-
(a) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(b) (i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya; atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya; atau
(iii) Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
(c) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia

atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Bagi pengisian di Unit Pemantauan dan Pelaksanaan (DMO) – Keutamaan diberi
kepada calon yang mempunyai ijazah dan pengetahuan serta pengalaman dalam bidang
penganalisaan statistik kemasukan pelancongan atau matematik) .

(1.2) Taraf Jawatan : Kontrak (Contract For Service)

Cara Memohon:

Borang-borang permohonan boleh didapati dengan melayari laman web
LADA di alamat http://www.lada.gov.my. Borang permohonan yang telah
siap diisi hendaklah disertakan dengan salinan sijil-sijil atau salinan
keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang diisyaratkan dan
sekeping gambar terbaru berukuran pasport, sijil kelahiran, surat
berhenti sekolah dan lain-lain dokumen yang berkaitan serta disahkan.

Setiap permohonan mestilah ditulis (NAMA JAWATAN YANG
DIPOHON) di bahagian atas sebelah kiri sampul. Permohonan yang
telah lengkap diisi dan ditandatangani hendaklah dikemukakan ke
alamat seperti di bawah:-

Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Pembangunan Langkawi
Tingkat 3, Kompleks LADA
Jalan Persiaran Putra
07000 Kuah, Langkawi
KEDAH DARUL AMAN
(u.p. Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan)

Tarikh tutup permohonan ialah pada 31 Disember 2014.

Advertisement:
http://www.lada.gov.my/v2/files/jawatan/N41-31122014.pdf

Borang:
http://www.lada.gov.my/v2/files/borangjk014.pdf

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s