Kerja Kosong Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia 2015

Posted on


Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA
(Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi)
JAWATAN KOSONG
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) seperti berikut:

1. PENOLONG JURUTERA JA29
2. PEMBANTU EHWAL EKONOMI E17
3. PEMANDU KENDERAAN H11

Syarat 1. PENOLONG JURUTERA JA29
Syarat Lantikan :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
(a) warganegara Malaysia
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
(c) (i) Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(ii) Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred JA29 : RM1,826.02).
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu :
2. Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat 2. PEMBANTU EHWAL EKONOMI E17
Syarat Lantikan :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
(a) warganegara Malaysia
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
Gaji permulaan ialah pada Gred E17 : RM929.00); atau
(ii) Sijil Institut Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Gaji permulaan ialah pada Gred E17 : RM1,323.52);
DAN
(d) KEPUJIAN Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat 3. PEMANDU KENDERAAN H11
Syarat Lantikan :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
(a) warganegara Malaysia
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
(c) (i) Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(ii) lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I mana yang berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ); [Kecuali Lesen Memandu Dalam Tempoh Percubaan (P)]; dan
(iii) berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini. Gaji permulaan pada Gred H11 ialah:
Lesen D : RM 896.15
Lesen E/E1/E3 : RM 942.30
Lesen F/H : RM 988.45
Lesen G/I : RM 1,034.60
(d) KEPUJIAN Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Cara Memohon:

Permohonan hendaklah dibuat secara secara muat turun borang permohonan melalui portal korporat http://www.mtib.gov.my dan emelkan ke erecruitment@mtib.gov.my dan boleh menggunakan perkhidmatan MySMS dengan menaip MTIB<jarak>JAWATAN dan hantar ke 15888. Pernyataan Skim Perkhidmatan dan syarat-syarat lain untuk permohonan jawatan berkenaan boleh didapati melalui laman web http://www.mtib.gov.my. Pernyataan Skim Perkhidmatan dan syarat-syarat lain untuk permohonan jawatan berkenaan boleh didapati melalui laman web http://www.mtib.gov.my. Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung di Unit Pengurusan Sumber Manusia (Perjawatan) di alamat berikut:

LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA
Tingkat 13-17, Menara PGRM
No. 8, Jalan Pudu Ulu
P.O. Box 10887
50728 Kuala Lumpur
(u.p. Unit Pengurusan Sumber Manusia)
No. Telefon : 03-92822235

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA 24 JANUARI 2015 (SABTU)

Advertisement:
http://www.mtib.gov.my/index.php?option=com_phocadownload&view=category&id=15&download=922&lang=en

Borang:
http://www.mtib.gov.my/index.php?option=com_phocadownload&view=category&id=15&download=709&lang=en

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s