Jawatan Kosong Operator di Shah Alam 2015 Karangkraf

Posted on


Kumpulan Media KarangkrafPELUANG KERJAYA BERSAMA KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF SDN BHD

Kami adalah penerbit, pencetak dan pengedar majalah, akhbar dan novel yang terbesar di Malaysia dan telah beroperasi di Malaysia sejak lebih dari 30 tahun lalu. Kami menerbit Al-Quran, Sinar Harian, hampir 30 majalah dan buku-buku dalam pelbagai kategori.

Kami juga merupakan salah sebuah pencetak komersial yang terbesar dan mempunyai mesin-mesin percetakan dan penjilidan yang tercanggih di Malaysia. Ekoran daripada perkembangan perniagaan kami dan peningkatan yang memberangsangkan maka kami dengan ini mempelawa individu yang berminat dan mempunyai kelayakan bagi mengisi kekosongan berikut:

Jawatan: OPERATOR / PENOLONG OPERATOR MESIN PERCETAKAN SHEETFED
Lokasi:    SHAH ALAM
Tanggungjawab dan Kelayakan
* Cekap dalam mengendalikan operasi mesin percetakan sheetfed termasuk mendapatkan color dan register
* Memasang plet, menukar blanket dan melaksanakan proses penyediaan percetakan
* Menentukan segala bahan mentah sebelum proses percetakan disediakan secukupnya
* Berupaya membuat penyelenggaraan dan baik pulih yang asas agar mesin sentiasa dalam keadaan baik
* Kelulusan minima SPM @ Sijil ILP atau setaraf dengannya
* Berpengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun dalam mengendalikan mesin sheetfed
* Sanggup bekerja mengikut syif, melakukan kerja lebih masa dan mampu bekerja di bawah seliaan yang minimum.

Advertisement:
http://kerjaya.karangkraf.com

Leave a comment